Setting APN ONEXOX

lajukan internet setting APN Onexox 4G

Apa itu APN?

APN adalah Access Point Name. Bahasa ringkasnya APN adalah sebagai gateway untuk menyambungkan transaksi internet data antara mobile phone dan network yang lain. Setiap mobile carrier (syarikat telco) ada setting APN tersendiri.

Bagi pengguna telco ONEXOX, secara asasnya APN sudah tersedia daripada Celcom (kerana ONEXOX merupakan MVNO kepada Celcom). Dengan APN Celcom ini, pengguna ONEXOX sudah boleh melayari internet.

Namun, ONEXOX juga ada meyediakan tetapan APN yang tersendiri.

Kenapa perlu tukar setting APN?

Bagi pengguna ONEXOX Prepaid & ONEXOX Black yang sering mengalami data internet yang kurang stabil atau mungkin slow, mungkin anda belum tukar APN kepada setting APN ONEXOX.

Setting APN untuk ONEXOX

Berikut adalah tetapan secara manual yang perlu dilakukan sekiranya peranti yang anda gunakan tidak dapat membuat tetapan APN secara automatik.

 Android:

Settings > More > Mobile Network > Access Point Names > + (to add)

 iOS / iPhone:

Settings > Cellular > Cellular Data Options > Cellular Network > APN

atau

Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Mobile Data Network > APN

Edit APN sedia ada, atau buat APN baru (Create new APN). Kemudian ‘Save‘ dan aktifkan APN yang baru dibuat.

Disarankan restart phone setelah mengubah tetapan APN.

Anda juga boleh dapatkan Setting APN bagi sebarang model telefon dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan ONEXOX di nombor:

Dari Talian XOX : 12273
Dari Talian Telco Lain : 1300 888 010