Roaming & IDD

Call Roaming

ONEXOX Prepaid dan Black dilengkapi dengan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa (Roaming) yang telah aktif secara ‘default‘. Ini membolehkan anda membuat panggilan ke Malaysia semasa berada di luar negara.

Anda tak perlu melakukan pendaftaran atau konfigurasi tambahan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa ini. Sebaliknya, anda boleh terus membuat panggilan dan berhubung walau di mana anda berada.

Terdapat 2 cara untuk membuat panggilan perayauan antarabangsa semasa berada di luar negara:

1. Kod Ringkas untuk Roaming

Dail *136*<Kod Negara><Nombor Telefon># dan tekan Contoh: *136*601132448800# dan tekan 

2. Dail Terus

Dial +<Kod Negara><Nombor Telefon> dan tekan Contoh: +601132448800 dan tekan 

  • Sila hubungi 12273 untuk mengetahui Kadar Panggilan Perayauan Antarabangsa (Roaming).
  • Sila pastikan anda mempunyai baki kredit minima RM15 untuk membuat atau menerima panggilan semasa di perantauan.

Data Roaming

data-roaming-onexox

500MB hanya RM38/hari

*Data Roaming diaktifkan mulai 12:00 pagi – tamat 11:59 malam (waktu Malaysia)

Cara Melanggan Data Roaming ONEXOX

Pengguna ONEXOX Prepaid

  1. Pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX.

  2. Pergi ke setting telefon > Akses Point Name (APN), dan tetapkannya kepada ‘XOX‘ (Rujuk: Setting APN)

  3. Aktifkan fungsi ‘Data Roaming’.

  4. Sambungkan ke pengendali rangkaian telco negara anda berada.

  5. Langgan pakej Data Roaming XOX melalui:

    a) Easy Menu: Dail *150*3# untuk melanggan
    b) SMS: DATA ROAM ke 22111 atau 23388

    *Caj SMS Roaming dikenakan RM2.50/SMS

Pengguna ONEXOX Black

  1. Pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX.

  2. Pergi ke setting telefon > Akses Point Name (APN), dan tetapkannya kepada ‘XOX‘ (Rujuk: Setting APN)

  3. Aktifkan fungsi ‘Data Roaming’.

  4. Sambungkan ke pengendali rangkaian telco negara anda berada.

Setelah langganan berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan.

RM0.00 Your data roaming has been successfully activated. To check data roaming balance or local credit balance, just go to our Easy Menu and dial *150#. T&C apply

ONEXOX

Maklumat lanjut: XOX Data Roaming

Dail Terus Antarabangsa (IDD)

IDD merupakan perkhidmatan yang membolehkan anda membuat panggilan ke luar negara dari dalam Malaysia dengan caj kadar panggilan setiap 60 saat.

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh semua pelanggan aktif pelan ONEXOX Black dan ONEXOX Prepaid.

Cara Buat Panggilan IDD

Dial 00<Kod Negara><Kod Kawasan><Nombor Telefon> dan tekan 

Untuk mengetahui kadar panggilan IDD, sila rujuk DI SINI.