ONEXOX Black

ONEXOX BLACK adalah pelan hybrid (Postpaid & Prepaid) – membentuk sebuah kategori pelan mudah alih baharu dalam industri telekomunikasi.

Tiada kontrak

Tiada pembaziran

Internet laju

Kelebihan ONEXOX Black

TIADA KONTRAK – Anda bebas! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.

TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang tak digunakan tidak akan “BURN” (BURNPROOF) dan akan dibawa ke bulan hadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.

24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi pada bila-bila masa 24/7 dan di mana jua anda berada (bergantung pada liputan kawasan).

Pelan ONEXOX Black

BLACK B10

b39 onexox black postpaid

BLACK B39

BLACK B39 PLUS20

BLACK B39 PLUS50

Pendaftaran ONEXOX Black

PENGGUNA BAHARU

Boleh terus daftar secara online melalui link di bawah

ONEXOX Prepaid Tukar Ke ONEXOX Black

  • Pengguna sedia ada ONEXOX PREPAID boleh bertukar (upgrade) ke pelan ONEXOX BLACK dengan cara COBP (Change of Business Plan).

  • Semua baki kredit dan kuota Season Pass akan dibawa ke akaun Black.

Downgrade / Upgrade Pelan ONEXOX Black

  • Pengguna BLACK sedia ada boleh bertukar ke mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain dengan cara COP (Change of Plan)

  • Semua baki kuota dari pelan asal akan dibawa ke pelan baru

  • Perlu bayar bil pelan semasa + tunggakan (jika ada) + bayaran pendahuluan pelan BLACK yang ingin ditukar

  • Hubungi pengedar ONEXOX untuk maklumat lanjut

Apakah Manfaat Mendaftar Pelan ONEXOX BLACK?

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS ke semua rangkaian. 

  • Data, Minit Panggilan dan SMS boleh dikongsi atau dipindah milik kepada pengguna ONEXOX lain. 

  • Baki kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang tidak habis digunakan secara automatik akan dibawa ke hadapan (Carry Forward) setiap bulan. 

  • Pakej yang pelbagai dengan komitmen bulanan yang sangat minima, serendah RM10 sahaja!

  • Boleh buat penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Black yang lain.
     
  • Pembayaran bil yang sangat mudah melalui sistem bayaran online XOX FASTaplikasi XOX BLACK, JomPAY, atau secara auto debit.

Pakej ONEXOX BLACK

Perlukan sebarang pembayaran untuk mendaftar ONEXOX Black?

  • Pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada dan baharu perlu membuat bayaran pendahuluan mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih.

  • Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.
onexox black data plan
*Harga yang dipaparkan tak termasuk 6% SST

Bolehkah saya bayar lebih daripada pra-pembayaran 'diperlukan' apabila melanggan pelan ONEXOX BLACK?

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membuat pra-pembayaran tambahan lebih daripada harga pelan ONEXOX BLACK yang dilanggan. Ia akan dibawa ke hadapan dan ditunjukkan dalam penyata BLACK yang seterusnya.

Contoh:

Sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK melanggan B39 dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM49, RM10 tambahan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK seterusnya selagi mereka tidak menggunakan RM10 tersebut pada bulan semasa.

Tukar Dari Prepaid kepada BLACK

Bolehkah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Boleh! Dengan cara COBP (Change of Business Plan)

Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX Black:

  • Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Kredit yang belum digunakan

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:

  • Data yang telah diaktifkan
  • Tempoh sah
  • SMS percuma
  • Loyalty point

Saya pengguna ONEXOX Prepaid dan ada kredit RM100 dalam akaun prepaid. Adakah kredit saya akan 'burn' apabila upgrade ke pelan ONEXOX BLACK?

Kredit anda tidak akan ‘BURN‘.

Apabila pelanggan ONEXOX Prepaid menaik taraf ke pelan ONEXOX BLACK, kesemua baki kredit prepaid mereka akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK dan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK.

Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada berjaya menukar pelan?

Maksimum 100GB.

Sebagai contoh, jika pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS dan mereka menaik taraf ke ONEXOX BLACK, mereka hanya akan mempunyai 100GB dalam akaun ONEXOX BLACK.

Data yang boleh dibawa dan dikumpulkan di bulan hadapan (carry forward) juga maksimum 100GB.

Pakej Season Pass Untuk ONEXOX BLACK

Bolehkah pengguna ONEXOX BLACK membeli pakej Season Pass dan promosi Happy Hour?

Boleh. Dengan syarat mereka mempunyai pra-pembayaran atau baki kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX BLACK mereka.

Jumlah data dalam akaun ONEXOX BLACK pula tidak boleh melebihi 100GB selepas pembelian.

Adakah saya perlu mengaktifkan data secara manual sebaik sahaja membeli pakej Season Pass, promo Happy Hour, atau Add On?

Tak perlu! Sebaik sahaja anda membeli mana-mana pakej Pass Season, promo Happy Hour atau Add On, data akan disimpan dalam akaun ONEXOX BLACK dan aktif secara automatik.

Penyata Bil ONEXOX BLACK dan Pembayaran

Pelanggan ONEXOX Black akan dapat bil penyata? (digital @ bercetak)

  • Bil bulanan akan dihantar ke email yang telah didaftarkan.

  • Untuk bil bulanan bercetak, anda boleh dapatkan dengan kadar RM5 setiap bulan.

Adakah pelanggan ONEXOX BLACK dikenakan cukai dalam bil?

Cukai Perkhidmatan (SST) 6% tidak dikenakan ke atas pendaftaran ONEXOX BLACK.

Tetapi SST dikenakan untuk item atau perkhidmatan yang disediakan oleh ONEXOX seperti Caj Bulanan, penggunaan Panggilan dan SMS (Domestik / Antarabangsa / Perayauan), Data Tambahan, Pembelian Season Pass & Happy Hour, serta Value Added Services (VAS).

Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 26 Januari 2021?

Pelanggan akan menerima e-Penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 26 Februari 2021.

Pendaftaran pada 29, 30 & 31 haribulan akan menerima penyata pada 1 haribulan bulan berikutnya.

Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran bil?

  • Pembayaran melalui mana-mana Pengedar Sah ONEXOX
  • Pembayaran Online melalui XOX FAST (sistem bayaran XOX)
  • Pembayaran melalui aplikasi XOX BLACK
  • Pembayaran debit terus (auto debit)
  • Pembelian baucar tambah nilai di :
tempat untuk reload onexox

Garis masa ONEXOX Black, sekiranya bayaran tidak dibuat oleh pelanggan.

Pelanggan akan mengalami situasi berikut sekiranya bayaran bulanan tidak dibuat:

onexox black kena barred

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan Data, Minit Panggilan dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang Data, Minit Panggilan dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.

  • Digantung (Barred): Hanya boleh menerima panggilan dan SMS.

  • Disekat (Blocked): Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

Tukar Pelan ONEXOX BLACK

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?

Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan ONEXOX di talian 12273.

Pelanggan juga mesti memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid?

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid dengan nombor yang sama. Hanya perlu hubungi talian khidmat pelanggan 12273 atau hantar email permohonan ke: [email protected]

Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan loyalty point) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.

Pelanggan juga perlu pastikan tiada sebarang amaun tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan ONEXOX Prepaid.

*Kenapa perlu ‘downgrade‘ apabila anda sudah mempunyai pelan mudah alih yang terbaik di pasaran!*

Dapatkan ONEXOX BLACK Sekarang!

Info lanjut: ONEXOX Black FAQ