Jom Lanjutkan Lagi Tempoh Aktif Onexox ke 6 atau 12 bulan

Bagi pengguna pelan ONEXOX Prepaid yang telah habis tempoh aktif permulaan 28 bulan, anda boleh panjangkan lagi tempoh aktif Onexox Prepaid / validity simkad anda dengan membeli “Tempoh Aktif Tambahan”.

Pembelian tempoh aktif Onexox tambahan ini boleh dibuat melalui SMS atau melalui aplikasi XOX BLACK.

Harga Tempoh Aktif Onexox Tambahan

RM18 untuk 6 bulan Kod SMS: VALID 6

RM25 untuk 12 bulan Kod SMS: VALID 12

Beli Tempoh Aktif Onexox melalui Aplikasi XOX BLACK

Cara beli tempoh aktif tambahan melalui aplikasi XOX BLACK seperti berikut:

  1. Log masuk aplikasi XOX BLACK
  2. Tekan pilihan menu (di bahagian bawah) dengan simbol $
  3. Tekan menu “Validity
  4. Pilih tempoh aktif yang ingin dibeli 6 bulan atau 12 bulan
  5. Tekan “Purchase” dan ikut arahan seterusnya
onexoxdeals.com extend tempoh aktif
extend tempoh aktif onexox

Cara Beli Tempoh Aktif Onexox melalui SMS

Untuk pembelian tempoh aktif tambahan melalui SMS, anda hanya perlu taip “KOD SMS” dan hantar ke 22111.

Contoh:

Anda ingin beli tempoh aktif tambahan selama 12 bulan RM25. Buka aplikasi SMS di telefon bimbit anda, taip VALID 12 dan hantar ke nombor 22111

tambah tempoh aktif onexox melalui sms

Pastikan baki kredit anda mencukupi mengikut harga tempoh aktif yang ingin dibeli.

Kredit akan ditolak dari Akaun Utama MA. Sekiranya baki kredit akaun MA tidak mencukupi, kredit di akaun DA akan digunakan.